Pemantapan ICT (Ms Power Point) & Advokasi KDB
29 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniSeramai 7 orang peserta telah menyertai Kelas Komputer yang telah diadakan di Pusat Internet Kampung Lawang. Kelas ini dihadiri oleh pelajar Tahap 1 dan Tahap 2. Kelas ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar di Sekolah Rendah cara-cara penggunaan komputer dan pencarian maklumat yang betul melalui klik dengan bijak (KDB).
Pemantauan daripada ibu bapa amat penting dalam melayari internet bagi mengelakkan pelajar atau anak-anak daripada melayari web yang salah.Kelas komputer yang diadakan pada kali ini lebih fokus kepada pembelajaraan Power Point. Sebelum sesi pembelajaraan Power point, para peserta kursus didedahkan tentang Klik dengan bijak (KDB) dan pengenalan kepada e-waste. Power Point yang diajar adalah asas sahaja dan tidak focus kepada mana-mana teknik pembelajaran PP yang hebat. Hal ini berikutan, kami hanya mengambil peserta Sekolah Rendah dan hanya untuk pendedahan dan pengenalan kepada PP.
Kelas Ms Word yang diadakan mendapat sambutan yang positif daripada golongan pelajar yang masih tercari – cari untuk mengenal ICT. Sambutan yang menggalakkan ini juga menarik minat kepada golongan yang berusia di awal pertengahan untuk lebih celik IT. Oleh itu, kami pihak PI Kg. Lawang juga sedang merangka jadual dan tarikh yang sesuai untuk mengadakan kelas seperti ini terhadap golongan awal pertengahan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: